Konsert AF9 Minggu Ke 3 - Akademi Fantasia 2011

Akademi Fantasia 2011 Minggu ke 3

Konsert AF9 Minggu Ke 3 - 
Akademi Fantasia 2011


Konsert Akademi Fantasia 2011 - AF9 Minggu ke 3
Juri Jemputan - Norman KRU

Berikut Tugasan Lagu Pelajar AF9 Minggu Ke 3 :

1).  Afif AF9 - Kasihnya Laila
2).  Aida AF9 - Terlalu Istimewa
3).  Amir AF9 - Dilema
4).  Azri AF9 - Satu
5).  Erul AF9 - Awan Nano
6).  Kay  AF9 - Saloma (Lagu Sepanyol)
7).  Lena AF9 - Tiada Tangis Lagi
8).  Miza AF9 - Sofea Jane
9).  Nera AF9 - Fly me to the moon
10). Raqib AF9 - Sebelum cahaya


Tersingkir : Miza
Digugurkan : Aida dan Amir
Pelajar Baru AF9 dibawa masuk ke Akademi ialah Fina (adik Aida) dan Hazama


Persembahan terbaik untuk Konsert AF9 Minggu ke 3 ini adalah Azri dan Lena. Azri yang menyanyikan lagu berjudul Satu yang dipopularkan oleh Dewa 19. Manakala Lena pula menyampaikan lagu dari Ratu Rock Ella bertajuk Tiada Tanggis Lagi. Ada gaya dan senada jugak dengan Ella. Go go. Lena.


Jom Afundi Lena AF9











Saksikan koleksi 10 Video Live Konsert Akademi Fantasia 9 Minggu ke 3
http://www.youtube.com/view_play_list?p=682CA167B387D9F9

AF9 Koleksi Video - 11 Lagu di Konsert Minggu Ke 2

Akademi Fantasia 2011 - AF9

Koleksi Video - 11 Lagu di Konsert Minggu Ke 2

Lepas konsert AF9 Minggu ke 2 sempat juga buat screenshort  
AFundi Terkini Pelajar AF9

Afundi AF9 Malam Selepas Konsert Minggu Ke 2


Lagu ikut peratusan AFundi sebelum Konsert AF9 Minggu ke 2

1).  Erul - Lagu Cinta Untuk Nabila




2).  Raqib - Lagu Dan Bila Esok




3). Lena - Lagu Kekal





4). Nera - Lagu Aku Dia dan Kamu




5). Aida - Lagu Ilusi




6). Amir - Lagu Cinta Gila




7). Azri - Lagu Bila Resah




8). Afif - Lagu One In A Million




9). Eka - Lagu I'm Sorry Goodbye




10). Kay - Lagu Selagi Ada Rindu




11). Miza - Lagu Di Pintu Sepi




Macam mana pulak persembahan pelajar AF9 pada konsert Minggu ke 3 hujung minggu ini. Dapat lagu dari pilihan pelajar sendiri. Bbuat pilihan bijak dan tepat. JANGAN ada yang terkena dikeluarkan dari Akademi Fantasia 2011 dalam Operasi Gugur. Tengok kat dairi AF9 mereka ini memang nampak stress, tension semacam saja. Lena bawa lagu dari Ella berjudul Tiada Tangis lagi. Manakala Erul pula lagu Awan Nano yang dipoplurkan oleh Hafiz AF7

Jom AFundi Lena AF9 dan AFundi Erul AF9. Antara 2F dan 2H, pelajar baru yang akan dimasukkan nanti.  tunggu di konsert Akademi Fantasia Minggu Ke 2

Konsert AF9 Minggu Ke 2 - Akademi Fantasia 2011

Konsert AF9 Minggu Ke 2

Konsert AF9 Minggu Ke 2



Pada Konsert AF9 Minggu ke 2 malam tadi, 11 pelajar AF9 diberikan tugasan lagu kebanyakannya berentap slow-slow saja.

1).  Erul - Lagu Cinta Untuk Nabila
2).  Raqib - Lagu Dan Bila Esok
3).  Lena - Lagu Kekal
4).  Nera - Lagu Aku Dia dan Kamu
5).  Aida - Lagu Ilusi
6).  Amir - Lagu Cinta Gila
7).  Azri - Lagu Bila Resah
8).  Afif - Lagu One In A Million
9).  Eka - Lagu I'm Sorry Goodbye
10). Kay - Lagu Selagi Ada Rindu
11). Miza - Lagu Di Pintu Sepi

Pengkritik Jemputan : Fauziah Latif (Gee)

Prestasi persembahan Pelajar AF9 pada minggu ke 2 ini belum lagi ada aura tersendiri. Namun, persembahan Lena dan Erul paling best. Dari konsert tirai dan minggu pertama memang kedua-dua pelajar AF ini, aku dah minat dan tertunggu-tunggu persembahan. Tengok jer Video di YouTube bawah nanti

Kejutan pulak... mesti ada. Itulah AF. Setiap minggu mesti ada. PakNil (aznil) seperti memberi amaran keras apabila kejutan untuk pelajar AF9 minggu ini dengan Operasi gugur. Pelajar AF9 tidak buat tugasan dengan baik. Prestasi persembahan  biasa-biasa saja. Agaknya diorang tu igat dah masuk AF9 syok-syok jer. Tersedu pelajar-pelajar AF9 ini bila diumumkan akan digugurkan dengan memasukan pelajar baru ke Akademi. Bukan sorang tapi 4 orang.  Dari persembahan 4 pelajar baru AF9 itu boleh tahan jugak suaranya.2 perempuan Hani dan Fina manakala lelaki Hazama dan Fir. Yup !  2 F dan 2 H. Fina adalah  adik kepada Aida AF9.

Hazama tu aku nak persona dengar suaranya dgn gaya rambutnya. I like it. Yang geramnya tu, akhir konsert tak jadi digugur untuk minggu tapi akan dibuat minggu depan pada konsert minggu ke 3.


Pelajar AF9 tersingkir pada konsert minggu ke 2 adalah Eka dari Kuala Lumpur.  Memang persembahan EKa AF9 ini pun tak menyelah sangat. Afundi Eka sebelum konsert pun Eka berada di tangga ke 10. Ke 2 tercorok atas Miza. Agaknya FAn Miza AF9 dah nampak apa yang terjadi kat Laika yang tersingkir di Minggu pertama. Laika AF9 berada di tangga tercorok Afundi sebelum konsert AF pertama.


Persembahan Eka Di Konsert AF 9 Lagu I'm Sorry Goodbye.  Haa terkena dengan tajuk lagu GoodBye Akademi Fantasia 2011, AF9 Eka tersingkir di minggu ke 2 Konsert AF9.








Yang Best, tetapku Afundi Lena dan Afundi Erul. My favourite AF9
Jom tengok persembahan Lena dan Erul Di Konsert AF9 minggu ke 2







Nak tengok Lena dan Erul di konsert AF9 minggu ke 3 pulak.

Konsert AF9 Minggu Pertama - Akademi Fantasia 2011

Akademi Fantasia 2011 Konsert


Akademi Fantasia 2011. Konsert Pertama AF9


Konsert Pertama selepas tirai konsert Akademi Fantasia 2011, musim ke 9
telah diadakan pada malam 9hb April, 2011. Program realiti pencarian bakat-bakat baru dalam dunia hiburan tanahair ini telah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil. Sebelum ini pun konsert-konsert Akademi Fantasia AF2 hingga ke AF8 memnag pernah diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil ini. Tempat paling sesuai, besar dan lapangan pakir yg luas.

Lagi pun kat Stadium Bukit Jalil itu lebih dekat dengan Astro. Krew mereka pun lagilah mudah untuk ke situ.

Secara keseluruhannya, konsert pertama ini nampak ada kelainan dan ada kelebihan tersendiri. Pelajar AF9 kali ini pun nampak lebih matang. Ya le tak ada yang terlupa lirik sangat-sangat.

Aznil Haji Nawawi sebagai Pengacara tetap Akademi Fantasia 2011 ke 9 ini memang sudah serasi dalam mengendalikan konsert Akademi Fantasia. Apatah lagi kali ini Akademi Fantasia 2011, musim ke 9 adalah AF terakhir.

Pengkritik tetap pula Ogy Fauziah Ahmad Daud dan Penyanyi Hattan. Manakala pengritik jemputan pula Adibah Nor.

Pelajar AF9

Nak tengok kembali persembahan Pelajar AF9, Akademi Fantasia 2011 boleh klik di youtube.com di bawah ini. Video tersebut ikut ranking Afundi dari yang teratas selepas konsert tersebut.

AFundi Pelajar AF9 selepas Konsert Minggu Pertama


Erul Konsert AF9 Minggu 1 - Ganas





Raqib Konsert AF9 Minggu 1 - Yank





Lena Konsert AF9 Minggu 1 - Lagu Untuk Kuala Lumpur





Nera Konsert AF9 Minggu 1 - Aku Lebih Tahu





Aida Konsert AF9 Minggu 1 - Teringin





Amir Konsert AF9 Minggu 1 - Just The Way You Are





Azri Konsert AF9 Minggu 1 - Bukan Untuk Dimengerti





Afif Konsert AF9 Minggu 1 - Cinta Kristal





Eka Konsert AF9 Minggu 1 - Kau Bisu





Kay Konsert AF9 Minggu 1 - Menyesal





Miza Konsert AF9 Minggu 1 - Akhirnya Kini Pasti





Laika Konsert AF9 Minggu 1 - Ku Bahagia




Kejutan di Minggu Pertama, Laika Pelajar AF9 tersingkir di Konsert Pertama Akademi Fantasia 2011. Undian tidak menyebelahi Laika kerana sebelum Konsert Akademi 9 ini lagi Afundi Laika berada di tangga tercorok lagi No 12.

Tenaga Pengajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )

Amy Search

Tenaga Pengajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 )

Malam tadi Awal Ashaari awal-awal lagi dah stanby nak tengok konsert Tirai Akademi Fantasia 2011, musim ke 9. Almaklum saja kali ni AF9 merupakan yang terakhir. Konsert Akademi Fantasia ini memang  favorite show aku dari AF2, AF3, AF4 dll. Tentulah aura Mawi World tetap dihatiku. Tapi lepas tu dah kurang minat. AF9 ini pulak rasa lain macam uranya. Ya lah, AF yang terakhir tentulah rugi sangat kalau tak tengok.

Pada konsert Tirai Akademi Fantasia Musim Ke 9 malam tadi jugak diumumkan Pengetua AF kali ini. Dulu memang kecoh bila ada khabar-khabar angin yang cakap Ahmad Dani komposer top dari Indonesia tu nak diambil oleh pihak Astro. Bahkan Facebook Ahmad Dani pun jadi hangat sejak dari tu.

Segalanya terjawab malam tadi apabila Amy Search diumuman sebagai Pengetua Akademi Fantasia 2011. Lagu Pawarna tu memang best betul. Lama dah tak dengar lagu Amy Search. Kalau bawa Lagu Isabela, Fantasia Bulan Madu lagi lah tangkap leleh eeh. Tangkap Cintan wa cakap lu.. BEB !!


Tenaga pengajar lain pula Adlin yang dulu memang kritik kaw-kaw. Kini rasa le pulak Adlin ya, pelajar AF9 dikritik pedas-pedas. Apatah lagi kena Kak Ogy (Fauziah Ahmad Daud) memang padan dengan mulut lasernya tu.

Tenaga Pengajar Akademi Fantasia  2011 lain ialah Ning Baizura, Aris, Fatimah dan Syafi



Tenaga Pengajar Akademi Fantasia  2011

Aznil Haji Nawawi
Pengacara pula, Pak Nil, Aznil Haji Nawawi. Memang dah agak dah masa keluar kat Radio Era FM pagi tu. Dari mula Akademi Fantasia lagi Pak Nil jadi hos, pengacara sekarang penutupnya Akademi Fantasia 2011, AF9 Terakhir akan menjadi lebih bermakna dan hebat lagi. Tahniah buat Pak Nil !

Sama-samalah nantikan konsert Minggu pertama dengan ada kejutan ker atau tidak. Ada ke Pelajar AF9 ni akan tersingkir pada konsert mingguan, minggu pertama terkeluar, Siapa agaknya. Nantikan konsert pertama penyingkiran Pelajar AF9 hujung minggu ini.

Erul - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )

Erul AF9
 
 Erul - Pelajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 ) 
Pelajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 )

Erul Pelajar AF9
NAMA PENUH    : HAIRUL NAJMUDDIN BIN ABU SAMAH
NAMA TIMANGAN : HYRUL
UMUR          : 19 thn 
TARIKH LAHIR  : 5 Disember 1991
TEMPAT LAHIR  : Hospital Besar Kuala Lumpur
TINGGI        : 178 cm
BERAT         :  70 kg
TARAF PENDIDIKAN   : SPM
PEKERJAAN          : Pelajar IPT ASWARA
STATUS PERKAHWINAN : Bujang

ADIK BERADIK : 5 (ketiga)

HOBI :
Bersenam, mencipta lagu, menari, menonton drama Korea & Indonesia, melukis, buat latihan muzik

CIRI-CIRI PERIBADI :
Mencintai bidang seni, ringkas, periang, suka bergaul

KELEMAHAN :
Kurang pandai bertutur depan khalayak ramai dan suka gigit kuku

MAKANAN KEGEMARAN :
Sushi, satay, nasi lemak & Mc`D

MINUMAN KEGEMARAN :
Jus epal

MUZIK KEGEMARAN :
Electro, Techno, K-Pop, Jazz

PENYANYI KEGEMARAN :
Rain, Adam Lambert, 2PM, Lady Gaga, Justin Bieber, Beyonce

PELAKON KEGEMARAN :
Lee Min Hoo (Korea), Kim Bum (Korea), Zack Efron, Rosyam Nor, J.Lo, Ziana Zain, Vanessa Hudson

FILEM KEGEMARAN :
High School Musical

WARNA :
Merah, Biru, Hijau, Hitam, Putih

Favorite AF9 ini. Tengok dulu Youtube video ini pastu Afundi Erul AF9 yup

Erul AF9 - Ujibakat Akademi Fantasia ke 9

Raqib - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )

Raqib AF9
 
 Raqib - Pelajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 )
Pelajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 )
 


Raqib Pelajar AF9

 NAMA PENUH    : FAHRUR RAQIB BIN. ABDUL MAJID
NAMA TIMANGAN : Rakib 
UMUR          : 20
TARIKH LAHIR  : 17 Jun 1990
TEMPAT LAHIR  : Melaka
TINGGI        : 169 cm
BERAT         :  64 kg
TARAF PENDIDIKAN   : Diploma
PEKERJAAN          : Pelajar (Ijazah Sarjana Muda Perakaunan)
STATUS PERKAHWINAN : Bujang

ADIK BERADIK : 4 (ke-3)

HOBI : Main gitar & futsal

CIRI-CIRI PERIBADI :
Ringkas dan suka cuba semua perkara

KELEMAHAN :
Lemah dalam tarian

MAKANAN KEGEMARAN :
Nasi goreng daging merah

MINUMAN KEGEMARAN : Milo ais

MUZIK KEGEMARAN : Balada

PENYANYI KEGEMARAN :
Aizat, Afgan, Misha Omar, Melly Goslow

PELAKON KEGEMARAN :
Zul Huzaimi, Rosyam Nor, Farid Kamil, Heliza dan Rozita Che Wan

FILEM KEGEMARAN : Tiada

WARNA : Merah & Hitam

Nah saksikan Youtube video ini pastu Afundi Raqib AF9 yup

Video YouTube Ujibakat Akademi Fantasia Musim Ke 9






Lena - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )



Lena AF9
Lena - Pelajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 )

NAMA PENUH    : LENABER BINTI HAIDIR
NAMA TIMANGAN : Lena
UMUR          : 20 thn
TARIKH LAHIR  : 16 Julai 1990
TEMPAT LAHIR  : Hospital Queen Elizabeth, Sabah
TINGGI        : 164 cm
BERAT         :  48 kg
TARAF PENDIDIKAN   : PMR
PEKERJAAN          :Berniaga pasar malam
STATUS PERKAHWINAN : Bujang

ADIK BERADIK : 6 (ke-3)

HOBI :
Mengemas rumah, menyanyi, suka makan buah-buahan

CIRI-CIRI PERIBADI :
Memahami orang lain, suka berkawan

KELEMAHAN :  Cepat lupa

MAKANAN KEGEMARAN : Asalkan halal

MINUMAN KEGEMARAN : Pearl teh

MUZIK KEGEMARAN :
Rock, balada, dangdut dan dance

PENYANYI KEGEMARAN :
Awie & Ella

PELAKON KEGEMARAN :
Awie, Yusri KRU, Ziana Zain, Erra Fazira

FILEM KEGEMARAN :
Lagi-Lagi Senario

WARNA :
Merah, Putih, Kuning & Ungu

Tengok dulu Youtube video ini pastu Afundi Lena AF9.
Lena AF9 - Ujibakat Akademi Fantasia ke 9


Nera - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )


Nera AF9
Nera - Pelajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 )

NAMA : QUEENNERA FRANCINE FRANCIS KITINGON
NAMA TIMANGAN : Nera
UMUR          : 19 thn
TARIKH LAHIR  : 7 Januari 1992
TEMPAT LAHIR  : SMC Hospital Likas, Sabah
TINGGI        : 160 cm
BERAT         : 46 kg
TARAF PENDIDIKAN   : SPM
PEKERJAAN          : Pelajar
STATUS PERKAHWINAN : Bujang

ADIK BERADIK : 2 (Pertama)

HOBI : Menyanyi & membaca

CIRI-CIRI PERIBADI :
Sederhana, happy, emosional, lembut hati, dan sayang haiwan

KELEMAHAN :
Sambil lewa dan suka fikir negatif

MAKANAN KEGEMARAN :  Spaghetti

MINUMAN KEGEMARAN : Lemon T

MUZIK KEGEMARAN : Jazz

PENYANYI KEGEMARAN :
Jaclyn Victor. Stacy AF, Siti Nurhaliza, Celine Deon, John Legend

PELAKON KEGEMARAN :
Hans Isaac, Baim Wong, Linda Jasmay, Marsha

FILEM KEGEMARAN : Harry Potter

WARNA : Pink, Putih, Coklat




Dah tengok Youtube video ini. Cepat Afundi Nera AF9 yup !!!!!

Nera AF9 - Ujibakat Akademi Fantasia ke 9

Aida - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )



Aida AF9


Aida - Pelajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 )

NAMA PENUH       : NUR SUHADA BINTI JEBAT
NAMA TIMANGAN    : Ayda
UMUR             : 18 thn
TARIKH LAHIR     : 17 Mac 1992
TEMPAT LAHIR     : Melaka
TINGGI           : 158 cm
BERAT            : 40 kg
TARAF PENDIDIKAN : SPM
PEKERJAAN        : Pelajar UiTM Shah Alam
STATUS PERKAHWINAN : Bujang
ADIK BERADIK       : 4 (sulong)

HOBI :
Main bowling, menari, bersiar-siar bersama adik beradik

CIRI-CIRI PERIBADI :
Seorang yang optimis, bersemangat dalam melakukan sesuatu, sangat suka bersaing

KELEMAHAN :
Kurang stamina, cepat letih dan mudah pening

MAKANAN KEGEMARAN : Yang berkuah

MINUMAN KEGEMARAN : Susu

MUZIK KEGEMARAN : Pop

PENYANYI KEGEMARAN :
Usher, Katy Perry, Agnes Monica dan Faizal Tahir

PELAKON KEGEMARAN :
Aaron Aziz, Shamsul Yusof, Fasha Sandha, Scha

FILEM KEGEMARAN : Transformer 2

WARNA :
Merah


Si comel dari Melaka, Tengok dulu Youtube video ini pastu Afundi Aida AF9

Aida AF9 - Ujibakat Akademi Fantasia ke 9

Afif - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )




Afif AF9
Afif - Pelajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 )

NAMA PENUH   : AHMAD AFIF BIN TIRMIZIE
NAMA TIMANGAN: Afif
UMUR         : 24 thn
TARIKH LAHIR : 29 Oktober 1986
TEMPAT LAHIR : Pekan, Pahang
TINGGI       : 163 cm
BERAT        :  58 kg
TARAF PENDIDIKAN  : SPM
PEKERJAAN         : Jurucakap AC Konsortium Sdn. Bhd
STATUS PERKAHWINAN: Bujang
ADIK BERADIK      : 3 (ke-2)

HOBI              :
Melayari Internet, melancong, futsal, bersukan

CIRI-CIRI PERIBADI:
Seorang yang periang, ceria, hormat orang tua, suka buat orang ketawa, suka senyum, tak suka hipokrit

KELEMAHAN         : Terlalu merendah diri

MAKANAN KEGEMARAN : Nasi ayam, nasi lemak

MINUMAN KEGEMARAN : Milo ais, mocha

MUZIK KEGEMARAN   :
World muzik, nasyid, rock, hip-hop, balada

PENYANYI KEGEMARAN:
Amy Search, Jamal Abdillah, Siti Nurhaliza, Beyonce, Bryan Adams, Stevie Wonder

PELAKON KEGEMARAN : Aaron Aziz, Shamsul Yusof, Fasha Sandha, Scha

FILEM KEGEMARAN   : Khurafat
WARNA             : Hitam & Putih


YouTube Video Afif AF9 - Ujibakat Akademi Fantasia ke 9

Amir - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )



Amir AF9


Amir - Pelajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 )

NAMA : MOHAMAD AMIRULLAH BIN. JAHARI
NAMA TIMANGAN : Amirul
UMUR : 18 thn
TARIKH LAHIR : 31 Mei 1992
TEMPAT LAHIR : Kuching, Sarawak
TINGGI : 163 cm
BERAT  : 70 kg
TARAF PENDIDIKAN : SPM
PEKERJAAN : Pelajar Diploma (jurusan muzik ASWARA) & Pemuzik Jalanan
STATUS PERKAHWINAN : Tunang
ADIK BERADIK : 6 (ke-4)

HOBI :
Main gitar, menyanyi, baru minat bina badan

CIRI-CIRI PERIBADI : Ringkas

KELEMAHAN ;
Saya kurang keyakinan diri sebab sedikit berisi, muka berjerawat dan gemuk

MAKANAN KEGEMARAN ;
Nasi goreng kampung

MINUMAN KEGEMARAN ;
Air kosong dan bali panas

MUZIK KEGEMARAN:
Fusion, Jazz, British Rock

PENYANYI KEGEMARAN :
Jason Mraz, Bruno Mars, Frank Sinatra, Aizat dan Faizal Tahir

PELAKON KEGEMARAN :
Hans Isaac

FILEM KEGEMARAN :
Hantu Kak Limah Balik Rumah

WARNA :
Putih, hitam, ungu dan biru

Amir AF9 - Ujibakat Akademi Fantasia ke 9



Saksikan Youtube video ini pastu Afundi Amir AF9. Vote orang Sabah, Bah !!

Eka - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )




 
Eka AF9

Eka - Pelajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 )

NAMA PENUH    : NUR ATIQAH BINTI SHARIFFUDIN 
NAMA TIMANGAN : Eka 
UMUR          : 21 thn 
TARIKH LAHIR  : 31 Oktober 1989 
TEMPAT LAHIR  : HBKL 
TINGGI        : 168 cm 
BERAT         :  53 kg 
TARAF PENDIDIKAN   : SPM 
PEKERJAAN          : Penari Sambilan 
STATUS PERKAHWINAN : Bujang

ADIK BERADIK : 3 (ke-2)

HOBI : Menari, menyanyi, lepak dengan kawan-kawan

CIRI-CIRI PERIBADI :
Aktif, mudah bergaul, suka cuba sesuatu yang baru dan suka sangat menari

KELEMAHAN :
Mudah tersentuh, tak pandai berlakon

MAKANAN KEGEMARAN : Ayam

MINUMAN KEGEMARAN : Milo

MUZIK KEGEMARAN : Balada, Pop, R&B

PENYANYI KEGEMARAN :
Agnes Monica, Nora, Siti Nurhaliza, Rossa

PELAKON KEGEMARAN :
Aaron Aziz, Farid Kamil, Nora Danish, Syarifah Amani

FILEM KEGEMARAN :
Lagenda Budak Setan

WARNA : Pink

Saksikan Eka AF9 - Ujibakat Akademi Fantasia ke 9

Azri - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )



Azri AF9

Azri - Pelajar Akademi Fantasia  2011 ( AF9 )


NAMA PENUH    : MOHAMAD AZRI B. ABDULLAH 
NAMA TIMANGAN : Azri 
UMUR          : 23 thn 
TARIKH LAHIR  : 13 April 1987 
TEMPAT LAHIR  : Klang 
TINGGI        : 170 cm 
BERAT         : 68 kg 
TARAF PENDIDIKAN   : Diploma in Theatre (ASWARA) 
PEKERJAAN          : Pemuzik 
STATUS PERKAHWINAN : Bujang 

ADIK BERADIK : 5 (ke-4)

HOBI : Main badminton

CIRI-CIRI PERIBADI :
Yakin dengan bakat yang ada dan ingin terus maju

KELEMAHAN : Menari

MAKANAN KEGEMARAN : Ayam rempah

MINUMAN KEGEMARAN : Milo

MUZIK KEGEMARAN : Rock

PENYANYI KEGEMARAN :
Faizal Tahir & Anuar Zain

PELAKON KEGEMARAN :
Aaron Aziz, Remy Ishak, Syarifah Amani & Fazura

FILEM KEGEMARAN :
Lagenda Budak Setan

WARNA : Merah

Tengok dulu Youtube video ini pastu Afundi Azri AF9 yup !!!!!

Kay - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )

 

Kay AF9
Kay - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )

NAMA PENUH    : NUR KHAIDIR B. MUHD
NAMA TIMANGAN : K
UMUR          : 22 thn
TARIKH LAHIR  : 22 Ogos 1988
TEMPAT LAHIR  : Hospital Besar Kuala Lumpur
TINGGI        : 165 cm
BERAT         :  62 kg
TARAF PENDIDIKAN   : SPM
PEKERJAAN          : Trading di Internet
STATUS PERKAHWINAN : Bujang
 
ADIK BERADIK
6 (Bongsu)

HOBI
Karaoke, melepak, menari, berkawan & dengar muzik

CIRI-CIRI PERIBADI
Suka belajar sesuatu yang baru, suka sesuatu extreme dan tak mudah putus asa

KELEMAHAN
Mudah terpengaruh & bertindak melulu

MAKANAN KEGEMARAN
Lamb chop

MINUMAN KEGEMARAN
Sprite

MUZIK KEGEMARAN
Balada, R&B, Latin, Irama Melayu

PENYANYI KEGEMARAN
Anuar Zain, Siti Nurhaliza, Marc Anthony, Neyo

PELAKON KEGEMARAN
Fizz Fairuz, Zul Huzaimy, Liyana Jasmay, Sharifah Amani, Afdlin Shauki

FILEM KEGEMARAN
Step Up

WARNA
Hitam & Putih


Video Youtube Kay AF9 - Ujibakat Akademi Fantasia ke 9



Kay - Pelajar AF9 Akademi Fantasia 2011

Miza - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )


 

Miza - AF9

Miza - Pelajar Akademi Fantasia 2011 ( AF9 )
 



NAMA          : ROSHAMMIZAH BINTI ROSLI
NAMA TIMANGAN : Shamiz 
UMUR          : 28 thn  
TARIKH LAHIR  : 15 September 1983 
TEMPAT LAHIR  : Kuala Lumpur 
TINGGI        : 156 cm 
BERAT         :  70 kg 
TARAF PENDIDIKAN   : Ijazah (Bahasa Inggeris) 
PEKERJAAN          : Freelance 
STATUS PERKAHWINAN : Bujang 

ADIK BERADIK : 2 (Pertama)

HOBI :
Menyanyi, main alat muzik, menulis, mengubah lagu

CIRI-CIRI PERIBADI :
Seorang yang selamba, tak kisah, happy dan bubbly

KELEMAHAN :
Susah nak berpuas hati dengan sesuatu benda saja

MAKANAN KEGEMARAN :
Bihun Sup

MINUMAN KEGEMARAN :
Teh O Limau

MUZIK KEGEMARAN :
Soul & Blues

PENYANYI KEGEMARAN :
Aretha Franklin, Diana Ross, Janis Joplin, Mary J.Blige

PELAKON KEGEMARAN :
P.Ramlee, Aziz Satar, Azean Irdawaty, Fauziah Nawi

FILEM KEGEMARAN :
Girl Interrupted

WARNA :
Hitam sebab nampak kurus

Buat undian terbaik ya.. tengok Miza di Video YouTube dibawah, UjiBakat Pelajar AF9 - Miza. Jangan lupa untuk Afundi Miza dalam konsert Pertama AF9 nanti.


Laika - Pelajar Akademi Fantasia 2011 (AF9)







Laika AF9



Laika -  Pelajar Akademi Fantasia 2011 (AF9)

NAMA PENUH : ZULAIKA BINTI ZAHARI 
NAMA TIMANGAN : Eka 
UMUR                : 22 thn 
TARIKH LAHIR : 26 Februari 1989 
TEMPAT LAHIR : Hospital Kuala Lumpur 
TINGGI : 168 cm 
BERAT  :  60 kg 
TARAF PENDIDIKAN   : SPM 
PEKERJAAN  : Berniaga pasar malam 
STATUS PERKAHWINAN : Bujang 

ADIK BERADIK : 10 (ke-7)

HOBI : Main badminton, mendengar lagu

CIRI-CIRI PERIBADI :
Pendiam, tak suka tekanan, suka masakdan gila-gila

KELEMAHAN :
Cepat marah bila kena tipu dan direndah-rendahkan

MAKANAN KEGEMARAN :
Bihun goreng udang

MINUMAN KEGEMARAN :
Soya

MUZIK KEGEMARAN :
Pop, Balada, Rock & Punk

PENYANYI KEGEMARAN :
Yuna, Keisha, Amir Sofaz, lan

PELAKON KEGEMARAN  :
Farid Kamil, Liyana Jasmay

FILEM KEGEMARAN
Lagenda Budak Setan

WARNA
Hitam & Merah

Korang dah dengar suara dan gaya Laika di Video YouTube diatas, UjiBakat Pelajar AF9 - Laika. Jangan lupa untuk Afundi Laika dalam konsert Pertama AF9 nanti.

Akademi Fantasia Musim Ke 9

Akademi Fantasia 2011, AF9

 Akademi Fantasia Musim Ke 9

Kini Demam Akademi Fantasia kembali. Musim ke 9 merupakan yang terakhir. Betul ke tidak, itu adalah Atro punya cerita. Akademi Fantasia 2011 sama juga seperti AF1, AF2, AF3 hingga AF8 tetap mengambil 12 pelajar masuk ke Akademi AF9. Kali ini AF9 memang banyak perubahan.

Pelajar Akademi Fantasia Musim Ke 9
Dari Kuala Lumpur - Laika, Eka, Miza, Erul dan Kay,
Dari Selangor - Azri
Dari Pahang   - Afif
Dari Melaka   - Aida dan Raqib
Dari Sabah     -  Nera dan Lena
Dari Sarawak - Amir

Pelajar AF9 ini yang paling muda berumur 18 tahun iaitu Amir dari Sarawak dan Aida dari Melaka. Manakala Pelajar AF9 yang paling berumur lebih sikit jer ailah Miza dari Kuala lumpur. Kalau nak dapat lebih lagi biodata semua 12 Pelajar Akademi Fantasia Musim ke 9 ini, masuk terus ke laman web rasmi AF9  www.akademifantasia.com.my

Kalau aku free akan dimuatkan setiap pelajar AF9 dengan biodata dan gambarnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...