Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya

Full Movie Filem :

 Aku Terima Nikahnya

 

Aku Terima Nikahnya

Siapa Juara Telefon Pintar (Smartphone)


Dalam ujian kejatuhan untuk dua telefon pintar yang paling popular di pasaran, siapakah yang akan menang?. Siapa Juara Telefon Pintar Tahan Lasak ? Sebuah laman teknologi Android Authority memutuskan untuk membandingkan kekuatan kedua-dua telefon pintar ini iaitu iPhone 5 dan Samsung Galaxy S3 untuk menjalani ujian ini.

Ujian yang dilakukan pada beberapa ketinggian yang pengguna sering terjatuh telefon pintar ini mereka dari ketinggian - terjatuh dari poket (pada ketinggian 76.2cm), terjatuh dari paras telinga (pada ketinggian 1.22 meter) dan terjatuh ketika digunakan (pada ketinggian 1.7 meter).


Terjatuh dari poket (76.2cm)
Iphone 5 tiada kerosakan kepada skrin, hanya calar sudut telefon pintar ini kerana kesan hentakan. 

Samsung Galaxy S3 tiada kerosakan kepada skrin, hanya calar di pinggir telefon.

Terjatuh pada aras telinga (1.22m)
Iphone 5 hanya mengalami kerosakan calar pada sudut telefon.
Tetapi bagi Samsung Galaxy S3 ia akan menyebabkan anda menangis..kesan hentakan menyebabkan skrin menjadi retak. Walaupun paparan telefon pintar  ini tidak terjejas, tetapi retakan di sudut atas telefon pintar ini agak teruk.


Terjatuh pada aras telinga (1.7m)
Iphone 5 mengalami kerosakan pada sudut telefon pintar kerana hentakan, tetapi tiada sebarang kerosakan pada skrin.

Ia juga masih boleh berfungsi dengan baik. Kelebihan telefon pintar ini


Pengulas berkata bahawa kesan kejatuhan telefon pintar  hanya menyebabkan "kerosakan minimum, kerosakan kecil estetik bezel".

Kesan kejatuhan ketinggian ini pada Samsung Galaxy S3 menyebabkan cover belakang telefon pintar ini tercabut dan retak pada skrin. Bagaimanapun skrin telefon pintar ini masih berfungsi dengan baik.

Kesimpulan : Walau apapun jenis kaca yang digunakan Apple untuk iPhone 5, ia adalah sangat tahan lasak kerana walaupun telah dijatuhkan dari pelbagai ketinggian tetapi ia masih tidak retak.

Smartphone : Samsung Galaxy S3



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...